Pada March 2009 bermulalah kehidupan ku ditempat yang sungguh asing bagi diriku.Walaupun terletak di Malaysia tetapi bagi insan yang tidak pernah menjejakkan kaki di Kuching sarawak pastinya sesuatu yang asing. Kini sudah setahun aku menetap di Kuching Sarawak. Bagi yang cintakan keindahan alam disinila syurganya.Antara tempat-tempat yang pernah aku lawati adalah
(i) Pulau satang
Keistimewaan pulau ini ialah ia milik persendirian. Air laut sangat jernih dan masih belum tercemar.Selain itu,banyak penyu mendarat di pulau ini untuk bertelur. Oleh yang demikian, pihak resort tidak membenarkan pengunjung mandi-mandi disekitar pulau selepas pukul 5 ptg kerana takut menganggu penyu-penyu dari menghampiri pantai.
Air lautnya yang biru....x sabar nak berenang tgk terumbu karang.
Kalo dilihat dari jauh pulau nie x la besar sgt....
kalo nak tau pantai pulau nie berbatu ckit....bentuk batu nia pelbagai dan unik.
Bersama-sama dengan housemate kat challet. Sesiapa nak cabaran boleh pergi berkhemah kat sini.
ii) Taman Negara Bako
Sebenarnya di sarawak kaya dengan taman negara.Tapi yang paling popular dan paling adventure pada saya ialah Taman Negara Bako.kat Taman Negara Bako nie banyak tempat yang menarik kalo setakat pergi hari balik hari memang tidak sempat nak pergi semua. Kalau pengunjung nak tengok pokok kera disini la tempatnya.
Ini keluarga periuk kera ..tapi kenapa dia gemuk?
Yang ini pula kurus2 sikit dan saya tengok kebanyakan bentuk ini kat tempat cerah dan panas.
Yang ini pemandangan kat Tanjung Paku...pasirnya cantik dan bersih..masa air surut anda boleh lihat siput sedut melekat kat celah2 batu.
Kalau nak tengok pemandangan ala-ala macam ni kena sampai taman negara waktu air laut surut,biasanya belah pagi.
Ini semasa mendaki...banyak akar-akar kayu..sesiapa yang berhajat nak pergi taman negara ni kena la pakai kasut sukan.
No comments:
Post a Comment