Thursday, June 17, 2010

Sekitar Bandaraya Kuching

Masa mula-mula sampai di bandaraya kuching satu ketika dulu memang teringin sangat nak berjalan-jalan sekitar bandar. Maklumlah baru sampai ke tempat orang, memanglah aura nak meneroka tempat orang tu membuak-buak. Kat sini ada beberapa tempat yang saya lawati untuk dikongsi bersama :-)


Pemandangan sekitar bandaraya Kuching dari menara.


Boleh menghirup udara segar dan menikmati pemandangan dari Pangkalan Sapi.


Gambar nie diambil semasa kami menaiki bot.Bagi sesiapa yang ingin mengelilingi waterfront bolehla menyewa bot. harganya cuma RM10 dari pangkalan sapi ke riversise.






kalau anda berjalan sekitar waterfront pada waktu malam anda akan melihat suasana malam yang amat menyeronokkan.


Kalau dah tinggal kat Kuching tak sah la kalo x bergambar dengan tugu Kuching.hehehe

Friday, June 11, 2010

Kampung Budaya Sarawak

Kepada sesiapa yang ingin mengetahui atau melihat sendiri kehidupan etnik-etnik yang ada di sarawak, bentuk rumah, tarian dan juga adat-adat yang diamalkan boleh la berkunjung ke Kampung Budaya. Kampung Budaya ni terletak di Kuching dan berhampiran Kampung Budaya terdapat beberapa resort yang boleh anda jadikan penginapan seperti Damai Beach Resort dan juga Santubong Beach Resort.


Itu penunjuk arah tempat-tempat yang anda boleh kunjungi.


Ini salah satu rumah etnik yang ada di Kampung Budaya. Saya pun dah lupa nama dia.:)


Yang tergantung berwarna hitam tu tenggorak.


Barang - barang etnik yang dipaparkan kat salah satu rumah. Boleh dikatakan setiap rumah etnik ada barangan tradisional yang dipaparkan.


Cara menenun kain secara tradisional pun ada ditunjuk.


Kalau nak cuba pakai-pakaian suku kaum boleh la mencuba dengan bayaran rm10 setiap jenis.

Nak tengok tarian? layan video nie ok...

Thursday, June 10, 2010

Indahnya Bumi Kenyalang

Pada March 2009 bermulalah kehidupan ku ditempat yang sungguh asing bagi diriku.Walaupun terletak di Malaysia tetapi bagi insan yang tidak pernah menjejakkan kaki di Kuching sarawak pastinya sesuatu yang asing. Kini sudah setahun aku menetap di Kuching Sarawak. Bagi yang cintakan keindahan alam disinila syurganya.Antara tempat-tempat yang pernah aku lawati adalah


(i) Pulau satang

Keistimewaan pulau ini ialah ia milik persendirian. Air laut sangat jernih dan masih belum tercemar.Selain itu,banyak penyu mendarat di pulau ini untuk bertelur. Oleh yang demikian, pihak resort tidak membenarkan pengunjung mandi-mandi disekitar pulau selepas pukul 5 ptg kerana takut menganggu penyu-penyu dari menghampiri pantai.



Air lautnya yang biru....x sabar nak berenang tgk terumbu karang.



Kalo dilihat dari jauh pulau nie x la besar sgt....



kalo nak tau pantai pulau nie berbatu ckit....bentuk batu nia pelbagai dan unik.



Bersama-sama dengan housemate kat challet. Sesiapa nak cabaran boleh pergi berkhemah kat sini.

ii) Taman Negara Bako

Sebenarnya di sarawak kaya dengan taman negara.Tapi yang paling popular dan paling adventure pada saya ialah Taman Negara Bako.kat Taman Negara Bako nie banyak tempat yang menarik kalo setakat pergi hari balik hari memang tidak sempat nak pergi semua. Kalau pengunjung nak tengok pokok kera disini la tempatnya.


Ini keluarga periuk kera ..tapi kenapa dia gemuk?


Yang ini pula kurus2 sikit dan saya tengok kebanyakan bentuk ini kat tempat cerah dan panas.


Yang ini pemandangan kat Tanjung Paku...pasirnya cantik dan bersih..masa air surut anda boleh lihat siput sedut melekat kat celah2 batu.


Kalau nak tengok pemandangan ala-ala macam ni kena sampai taman negara waktu air laut surut,biasanya belah pagi.


Ini semasa mendaki...banyak akar-akar kayu..sesiapa yang berhajat nak pergi taman negara ni kena la pakai kasut sukan.